DEMI MASA
INTERAKSI MANFAAT

MUTIARA KATA
Ketenangan & kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit yang diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman.
Mereka tetap berhati teguh di kala orang lain mengalami kegoncangan
Mereka tetap yakin di kala orang lain penuh keraguan
Mereka tetap sabar ketika orang lain berkeluh kesah & mereka tetap berlapang dada di kala orang lain sedang runsing
Perjuangan bukan mengukur kekuatan, bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan
Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi
mengembang ISLAM di muka bumi
Usah dirisau apa yang diberi ikhlas dari hati akan mereka rasai.
CADANGAN/KOMEN
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau cadangan emailkan kepada chy_ketenteramanku@yahoo.com.Terima kasih.
RAKAN BLOG
  • EJA HASNIZA
  • AMIRAH AL-BAYAN
  • HAWA
  • BINTANG HATIKU
  • WAHYU
  • RUZAINI
  • REZWAN
  • ZAIMAN
  • FAIZUL AFZAN
  • Sunday, July 29, 2007
    Guru oh guru... Cabaran dan realiti

    Saban hari kita dikejutkan dengan berita yang melibatkan sikap guru terhadap pelajar. Belum pun selesai isu guru besar menampar pelajar kini timbul pula isu 200 pelajar wanita direndam di dalam kolam yang kotor. Apabila hal ini timbul semua menuding jari kepada guru 100 %. Tapi pernahkah ada antara kita cuba untuk menyelami isi hati seorang guru.

    Cabaran berdepan dengan pelajar kini bukan lagi seperti dulu. Guru juga mempunyai bebanan tugas dan komitmen terhadap keluarga masing-masing. Tugas untuk mendidik dan menjaga anak-anak tidak wajar diserahkan kepada guru sepenuhnya. Pendidikan bermula dari rumah. Bukanlah bermaksud untuk memihak kepada guru tetapi pengalaman bergelar guru banyak mengajar. Pandanglah berapa banyak kebaikan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan ini. Tanpa insan yang bergelar guru siapalah kita. Jangan hanya disebabkan satu kesalahan yang dilakukan kita bertindak menghukum. Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru juga perlu dipertimbangkan.

    Pada pemerhatian penulis, berapa ramai ibu bapa hari ini yang meluangkan masa dua jam untuk bersama-sama guru berbincang mengenai masalah anak-anak mereka terutamanya dalam mesyuarat PIBG. Boleh dihitung berapa ramai yang datang. Tetapi apabila anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin terus sahaja ibu bapa menyerang guru di sekolah keesokan harinya. Masa untuk hadir dan memaki hamun guru ada pula. Guru bukan sekadar menghabiskan silibus tetapi juga mendidik dan membentuk sahsiah pelajar. Tidak salah kiranya denda dikenakan seandainya untuk mendidik. Sewajarnya ibu bapa datang berjumpa guru untuk mengetahui sahsiah dan akademik anak masing-masing.

    Menuding jari bukanlah jalan penyelesaian. Anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab bersama. Renung kembali. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditangkap atas tuduhan merompak berparang di Terengganu baru-baru ini. Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan menyebabkan kanak-kanak ini terjebak ke dalam kes jenayah. Adakah ibu bapa yang tidak pandai menjaga anak atau guru yang tidak tahu mendidik? Sewajarnya guru dan ibu bapa berganding bahu dalam mencari jalan penyelesaian masalah remaja kini yang kian meruncing. Memetik kata-kata Saidina Ali, jika ingin melihat masa depan lihatlah generasi muda hari ini. Jika hal ini dibiarkan berterusan mungkinkah kemakmuran yang dikecapi kini akan berpanjangan atau sebaliknya. Masalah remaja yang terlibat dalam dadah juga kian bertambah saban hari. Begitu juga dengan masalah-masalah lain seperti khalwat, membunuh dan sebagainya.

    Oleh itu, berfikirlah secara matang. Didiklah anak-anak mengikut zaman mereka bukan seperti zaman ibu bapa mereka. Saling bertoleransi dan ibu bapa juga perlu lebih prihatin dengan anak-anak mereka. Jangan terlalu dimanjakan khuatir diri menyesal kelak. Didiklah mereka dan bekalkan dengan ilmu agama yang cukup agar mereka dapat mendoakan kita apabila telah meninggal kelak. Anak soleh itulah harta yang tinggal apabila telah meninggalkan alam fana yang sementara ini.
    posted by chy_ketenteramanku @ 12:19 AM   1 comments
    Sunday, July 01, 2007

    Coretan diri....


    Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya masih berpeluang untuk menikmat anugerah kurniaanNya. Menatap skrin komputer sambil berfikir apa yang ingin dicoretkan untuk dikongsi bersama-sama teman seperjuangan. Beberapa hari yang lepas, sempat meninjau keadaan saudara seIslam di luar sana.

    Sedih dan hiba melihat wajah muda mudi hari ini. Tiada lagi nur yang terpancar. Tidak layak untuk diri ini untuk membuat penilaian. Namun, setiap kejadian Allah itu pasti ada tandaNYA. Memetik kata-kata Saidina Umar, “barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki pula pada yang nyata di wajahnya.” Setiap kata-kata yang dituturkan lahir dari hati. Manusia yang bersih hatinya pasti tutur bicaranya juga sopan dan lemah lembut. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berkata-kata kerana ia merupakan cermin bagi hati. Peluang yang diberi Allah ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Ingatlah lima perkara sebelum lima. Manfaatkan masa muda sebelum tua dan lapang sebelum sempit. Seandainya perkara ini dibiarkan berterusan generasi yang bakal memegang tampuk negara akan menjadi lemah.

    Program sehari bersama adik-adik di sebuah perkampungan banyak memberi kesedaran. Alangkah beruntungnya diri ini dilahirkan dalam Islam dan keluarga yang memberikan pendidikan agama yang secukupnya. Berbanding adik-adik ini, yang ada antara mereka tidak tahu apakah erti kalimah syahadah yang merupakan tunjang dan asas bagi seseorang Islam. Apatah lagi solat yang dilakukan juga tidak lengkap. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud, “Sesungguhnya sembahyang dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.” Terdetik dalam fikiran, mungkinkah gejala sosial yang melibatkan remaja kini berpunca dari rukun Islam yang tidak dihayati. Solat lima waktu dianggap sebagai bebanan buat diri. Kita alpa dan leka bahawa segala yang dimiliki hanya pinjaman dan bersifat sementara. Dalam tempoh dua bulan mengendalikan program motivasi dan kem ibadah yang melibatkan pelajar sekolah menengah, boleh dikatakan keseluruhan peserta yang terlibat tidak pernah menunaikan solat cukup lima waktu sehari semalam. Senario yang sungguh menyedihkan dewasa ini.

    Kita lebih banyak menghabiskan masa untuk menatap skrin tv berbanding al Quran. Kita juga lebih banyak menghabiskan masa di karnival dan pusat membeli belah berbanding di masjid dan program kemasyarakatan. Selain itu, kita juga lebih suka menghabiskan masa berbual dengan kawan daripada berbual dengan Allah. Lebih banyak melepaskan rindu kepada kekasih berbanding Kekasih Sejati. Kita berbangga seandainya anak kecil dapat menyertai bintang kecil dan akademi fantasia berbanding akademi al Quran. lebih banyak airmata yang dititiskan kerana artis pujaan gagal masuk ke pertandingan akhir berbanding menangis mengenangkan dosa yang tak pernah lekang dari diri. Kita lebih gemar menghadiri konsert berbanding wacana ilmu. Kita juga lebih suka menghitung bilangan perkataan yang boleh ditaip dalam SMS berbanding menghitung berapa banyak bertasbih dalam sehari. Kita juga lebih gemar berjaga malam untuk menonton rancangan kegemaran di televisyen berbanding berjaga malam untuk menghadap serta merintih padaNya. Duhai teman dan sahabat, bangkitlah dari lena yang panjang. Insafi diri. Mohonlah petunjuk dan hidayah dari Allah. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya. Masa yang tinggal sedetik cuma. Masihkah ada esok untuk kita. Mengimbau teka-teki Imam Al Ghazali iaitu apakah yang paling dekat. Jawapannya adalah maut.

    Tanda kasih sayang Allah adalah dengan memberi ujian kepada hambaNya. Bersyukurlah kerana ujian yang hadir menandakan kita masih dalam pemerhatianNya. Sesungguhnya ganjaran yang besar itu bersama dugaan. Barangsiapa yang rela banyaknya keredhaan dan barangsiapa yang gusar baginya kegusaran. Setiap manusia menerima ujian yang berbeza bentuknya. Adakalanya Allah uji dengan kekayaan, kesakitan, kehilangan, kegelisahan dan rasa resah. Yakinlah bahawa janji Allah itu pasti. Setiap ujian merupakan pendidikan terus Allah terhadap hambaNya. Firman Allah dalam Al Baqarah : 284 yang bermaksud, “ Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” Sesungguhnya ujian yang menimpa diri dapat menghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan.

    Apabila merasa buntu dan tiada siapa untuk mengadu, kembalilah kepadaNya. Bila engkau letih dan hilang semangat Allah tahu betapa kamu mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa disisimu. Bila engkau telah mencuba segala tapi tak tahu tujuanmu, Allah ada penyelesaiannya. Bila tiada beerti buatmu, keliru dan kecewa Allah adalah jawapan untuk segalanya. Sentiasalah memanjatkan doa kepada Allah. “Doa itu dapat menolak qada’ (ketetapan) Allah.” (Riwayat Al Hakim). Firman Alah s.w.t dalam surah al- Mukmin : 60 yang bermaksud, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa kamu.” Seandainya doa dimakbulkan tandanya Allah menyayangimu. Jika doamu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin mengujimu. Berkat kesabaran pasti terasa kemanisannya. Sekiranya doamu tidak dimakbulkan tandanya Allah merancang yang terbaik buatmu. “.....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” –Al Baqarah : 216.

    Moga coretan yang tidak seberapa ini mampu untuk mebuatkan teman- teman berfikir. Diri ini insan kerdil yang hanya mampu menunjukkan jalan. Namun, Allah jualah yang layak untuk memberikan hidayah dan petunjukNya. Di kesempatan yang ada manfaatkanlah sebaiknya. Moga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukan. Ikhlaskan niat dalam setiap pekerjaan dan ibadah yang disempurnakan. Burulah ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Semoga ceria dan berbahagia selalu.

    posted by chy_ketenteramanku @ 12:11 AM   0 comments

    Menjengah kebahagiaan hakiki

    Tatkala merenung diri terasa betapa kerdilnya diri ini. Mendamba kasih sayangNya dalam meniti hari. Saban waktu diri tidak pernah lekang dari melakukan dosa lantaran diri hamba yang lemah. Namun rahmat dariNya tidak pernah putus. Betapa agungnya Dia Yang Satu tiada lain. Pasti kita mengimpikan kebahagiaan dalam hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dan bagaimanakah mekanisme untuk mencapai kebahagiaan dalam diri ? Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama.


    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu, jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” Bahagia adalah perasaan senang, tenteram dan bebas dari segala yang menyusahkan.

    “Di kala datang hari itu, tidak ada seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya, maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.”

    Hud :105

    Mekanisme untuk mencapai kemuncak ketenangan ini bermula dari hati yang suci dan murni. Lakukanlah sesuatu dengan niat untuk mendapat keredhaanNya. Lakukanlah solat tasbih bagi memohon keampunan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan. Manfaatkanlah waktu lapang sebelum sempit dan muda sebelum tua. Luangkanlah sedikit masa untuk bermunajat kepada Nya sepertiga malam. Manfaatkan waktu ini untuk mengadu kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar. Jadikanlah dia tempat utama untuk mengadu. Tatkala diri terasa kekosongan dan keseorangan Dia sentiasa disisi untuk mendengan rintihan hambaNya. Dari sini kita akan memperoleh ketenangan yang hakiki. Tidak salah untuk mengadu pada manusia tetapi ingatlah bahawa ujian dan masalah yang menimpa diri datangnya dari Allah. Oleh itu sewajarnya kita kembali kepada Dia. Mengimbau sejarah kisah Luqmanul Hakim betsama anaknya. Apabila ayah dan anak itu berjalan membawa unta, ada orang yang menegur kenapa tidak diletakkan anaknya di atas unta. Setengah perjalanan lagi, ada orang yang menegur tidak patut seorang anak membiarkan ayahnya berjalan sedangkan si anak menaiki unta. Dapat dilihat dari sini, pandangan setiap manusia itu berbeza. Maka mohonlah pertolongan dan petunjuk dari Ya Rabb.

    JAMIN dan PASTI itu milik Allah. Yakinlah bahawa janji Allah itu pasti. Positif dengan Allah. Setiap kali kita panjatkan doa, pastikan kita menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah. Usah mempertikaikan bagaimana caranya untuk makbulnya permintaan tersebut. Sebagai contoh, Halim seorang pelajar yang lemah dalama pelajaran. Dia mohon agar diberikan kejayaan dalam hidupnya. Dalam situasi ini, Halim tidak perlu fikirkan dirinya yang lemah dan bagaimana Allah mampi untuk memperkenankan doanya. Sebaliknya dia hanya perlu berusaha dan berdoa. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Fikiran yang positif juga merupakan doa berterusan yang tidak kita sedar. Namun, apabila kita berfikiran negatif, doa kita yang positif tadi akan mudah tertarik kepada negatif. Ini kerana minda bawah sedar manusia mudah tertarik kepada benda yang negatif. Secara tidak langsung ia menjadi doa tidak terlafaz yang tidak disedari.

    Seterusnya redha dengan segala perencanaan Allah. Apabila Allah diutamakan dalam segala hal, pertolongan dan petunjuk pasti datang. Sebelum mengambil keputusan atas sesuatu perkara mohonlah dariNya agar diberikan petunjuk. Dalam realiti hari ini, didapati ramai antara kita yang membelakangkan Allah dalam beberapa perkara. Terutamanya berhubung dengan perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri. Apabila diri mencintai seseorang kita lupa untuk mohon petunjuk dariNya kerana khuatir jawapan yang diperolehi tidak memihak pada diri. Kasih kepada manusia melebihi segala-galanya. Perlu ditanam dalam diri bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Terimalah qada’ dan qadar Allah dengan berlapang dada. Perkara ini perlu diteliti kembali bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki. Bongkar diri, carilah kebahagiaan yang hakiki dan rasailah kenikmatannya. Moga sentiasa dalam redhaNya dan ceria selalu.

    posted by chy_ketenteramanku @ 12:08 AM   0 comments
    Tuesday, May 08, 2007


    Remaja Hari Ini


    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Lama menatap skrin komputer merenung diri apakah yang akan berlaku pada generasi akan datang. Tatkala kita sibuk membicarakan tentang modal insan dan Islam hadhari remaja kita makin jauh dilambung ombak. Ujian apakah yang melanda kita kini ? Terkedu mendengar berita hari ini tentang ‘gadis top up’. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah dari UKM berkaitan majoriti remaja perempuan hari ini telah hilang dara. Negara gempar dengan dapatan kajian yang diperolehi. Namun apakah tindakan yang dilakukan untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Memulihkan akhlak mereka agar menjadi gadis solehah.

    Isu ramai remaja perempuan hilang dara merupakan realiti yang perlu diterima oleh masyarakat. Hal ini juga berdasarkan pengalaman sendiri sewaktu menjalani latihan mengajar dua tahun lepas. Agak terkejut dengan apa yang berlaku. Namun perlu ditempuhi jua selaku seorang pendidik. Amanah yang dipikul terlalu besar untuk mendidik anak bangsa agar menjadi masyarakat berilmu. Pengalaman yang diperolehi membuatkan diri ini terfikir apakah yang berlaku pada generasi muda lantaran gejala sosial yang makin berleluasa. Kajian tinjauan yang dilakukan oleh guru kaunseling sekolah berkenaan mendapati sebahagian daripada pelajar lelaki menjadikan menonton video lucah sebagai rutin. Hal ini dilakukan ketika ibu bapa keluar bekerja. Tidak kurang juga pelajar tingkatan tiga yang mengandung anak luar nikah. Terkejut kala diri didatangi oleh seorang pelajar perempuan yang mengaku dirinya pernah melakukan hubungan bersama teman lelaki. Ku gagahi jua untuk menunjukkan jalan kepada pelajar ini. Moga hidayah Allah sampai kepadanya. Hanya satu yang dipinta mohon diberikan petunjuk kerana tahu apa yang dilakukan adalah salah. Pada Mu Ya Rabb Engkau tunjukilah hambaMu ini jalan yang lurus.

    Gadis top up ! Isu baru yang timbul. Gadis top up melibatkan pelajar sekolah yang menjual diri untuk mendapatkan top up RM10. Relevankah tindakan ini? Ke manakah hilang maruah dan harga diri seorang wanita? Kebanyakan pelanggan bagi perkhidmatan ini adalah kenalan di internet. Menurut laporan akhbar, pada awalnya ini dilakukan secara suka-suka namun akhirnya pelajar-pelajar ini menjadi ketagih dan menjadikan ia sebagai satu pekerjaan tetap di samping bagi menambah nilai kredit dalam telefon bimbit. Di manakah letaknya nilai-nilai murni yang telah diterap dan ditekankan sejak sekolah rendah. Inilah produk yang berjaya dihasilkan setelah hampir 10 tahun mendapat pendidikan di sekolah. Layakkah golongan ini menjadi pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa akan datang ? Inikah bakal ibu yang akan melahirkan mujahid dan mujahidah agama ?

    Pengalaman bergelar mahasiswi selama empat tahun banyak mengajar diri. Pelbagai perkara yang ditempuhi mematangkan lagi diri ini. Melihat ‘couple’ berdua-duaan adakalanya mengundang sedih dan kecewa dalam diri. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Bukan maksud diri untuk mendoakan tetapi telah jelas dalam Al Quran dinyatakan apabila berdua akan ada orang ketiga iaitu syaitan. Lebih menyedihkan apabila berlaku kemalangan yang melibatkan ‘couple’ ini. Bagaimanakah perasaan kedua ibu bapa yang menghantar anaknya untuk menuntut ilmu tetapi sebaliknya yang berlaku. Tika diri menerima panggilan menyatakan anaknya terlibat dalam kemalangan bersama teman wanita/lelaki. Betapa hancurnya hati seorang ibu dan ayah setelah sepenuh kepercayaan yang diberi inikah balasan yang wajar diterima ? Dek sayang yang mendalam ada antara mahasiswi ini sanggup mengorbankan diri sebagai bukti kasih pada teman lelaki. Bagi lelaki adakah ini calon pilihan untuk dijadikan permaisuri hati dan ibu pada anak-anak kelak ? Adakah status ayah derhaka yang menjadi pilihan? Tepuk dada tanya diri. Seorang ayah dikatakan derhaka apabila tidak memberikan ibu yang baik kepada seorang anak, tidak menamakan anaknya dengan maksud yang baik dan tidak mengajar anaknya mengaji Al Quran. Buat lelaki seandainya benar anda kasih dan sayangkan teman wanita anda, bimbinglah dia ke jalan yang benar dan diredhai.

    Lama berfikir mencari punca segalanya. Rasanya akarnya hanya satu iaitu pemakanan. Misi orang kafir akhirnya berjaya. Mereka membunuh dalam diam. Hadis menyebut, “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun antara keduanya ada syubhah”. Antara sedar dan tidak ada antara makanan kita pada hari ini mengandungi benda-benda syubhah yang akan mengeraskan hati kita. Seterusnya menyebabkan sukar untuk mendengar nasihat dan teguran. Al Quran ada menyebut dalam diri manusia ada segumpal darah apabila baik ia maka baiklah keseluruhannya. Tapi jika rosak ia maka rosaklah keseluruhannya. Itulah hati. Darah ini terbentuk daripada makanan yang dimakan seterusnya dicerna. Penyelidikan yang dilakukan oleh Persatuan Penguna Pulau Pinang berjaya menyenaraikan barang-barang yang mengandungi ‘wei’ iaitu sejenis bahan yang diragui halal. Ia terdapat dalam kebanyakan bahan makanan. Apabila ia masuk ke dalam badan manusia ia menjadikan kita leka dalam solat, keras hati dan sukar mendapat petunjuk Allah. Ini kerana pandangan hati itulah yang hakiki jika hati itu bersih.

    Ya Allah, tunjukilah hambaMu ini jalan yang diredhai. HambaMu ini terlalu lemah Ya Allah. Tiada daya melainkan dengan kekuasaanMu. PadaMu aku berserah dan padaMu aku berhukum. Buat teman sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain. Selamatkanlah umat Islam dari terus dibinasakan. Amanah sebagai khalifah Allah teramatlah berat. Yakinlah dengan janjiNya. Ingatlah ! Allah sentiasa hampir dengan hambaNya. Dia tidak pernah mengecewakan hambaNya. Jika niat kita tulus insyaAllah Dia akan membantu. Salam keinsafan buat semua.

    posted by chy_ketenteramanku @ 7:08 PM   0 comments

    4 Lilin

    Ada 4 lilin yang menyala,
    Sedikit demi sedikit habis meleleh.

    Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah
    percakapan mereka

    Yang pertama berkata: "Aku adalah
    Damai." "Namun manusia tak mampu menjagaku:
    maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"
    Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

    Yang kedua berkata: "Aku adalah Iman." "Sayang
    aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau
    mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku
    tetap menyala."
    Begitu selesai bicara, tiupan angin
    memadamkannya.

    Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:"Aku
    adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap
    menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan
    mengganggapku berguna."
    "Mereka saling membenci, bahkan membenci
    mereka yang mencintainya, membenci
    keluarganya."
    Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin
    ketiga.

    Tanpa terduga...

    Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar,
    dan melihat ketiga Lilin telah padam.
    Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh
    apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala,
    Aku takut akan kegelapan!"

    Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

    Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

    Jangan takut,
    Janganlah menangis,
    selama aku masih ada dan menyala, kita tetap
    dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

    " Akulah H A R A P A N "

    Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin
    Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin
    lainnya.

    Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A
    N.
    yang ada dalam hati kita....dan masing-masing
    kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak
    tersebut, yang dalam situasi apapun mampu
    menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan
    HARAPAN-nya!

    posted by chy_ketenteramanku @ 7:07 PM   0 comments
    Pisang benci

    Maryam, guru kelas Tadika
    menganjurkan satu permainan yang
    sungguh menarik untuk murid-muridnya.
    Setiap murid diminta membawa beg



    plastik yang berisi pisang yang
    tertulis nama orang yang paling mereka
    benci ke kelas pada esok hari. Jadi,
    jumlah pisang yang perlu dibawa
    bergantung kepada jumlah orang yang
    dibenci. Keesokan harinya, setiap
    murid membawa beg plastik berisi
    pisang masing-masing.

    Ada yang membawa tiga biji, ada juga
    lima biji dan paling banyak lapan
    biji. Semuanya sudah ditulis nama
    orang yang paling mereka
    benci. "Sekarang simpan pisang tu.
    Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu
    pergi selama seminggu. Inilah
    permainannya. Selepas seminggu, kita
    akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu
    Maryam.Kanak- kanak tersebut menyimpan
    pisang masing-masing di dalam beg.





    Hari demi hari berlalu, pisang
    tersebut mula berbintik-bintik dan
    akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak
    itu mula merungut dan marah. Mereka
    tidak menyukai permainan itu lagi
    kerana selain beg berat, badan berbau
    busuk. Ada yang menangis, enggan
    meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
    pagi-pagi lagi murid-murid Maryam
    sudah bersorak. Permainan sudah tamat.
    Tidak ada lagi beban dan bau busuk
    yang perlu dibawa."Okey semua, apa
    rasanya bawa pisang dalam beg ke sana
    ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu
    Mayam.

    Semuanya serentak mengatakan mereka
    benci permainan itu. Mereka hilang
    kawan, sering diejek dan terpinggir.
    Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
    makan, mandi, bermain dan menonton TV
    dengan bau busuk."Itulah sebenarnya
    yang berlaku kalau kita simpan
    perasaan benci pada orang lain dalam
    hati. Bau busuk kebencian itu akan
    mencemari hati dan kita akan
    membawanya ke mana saja kita pergi.
    Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
    dengan bau pisang busuk hanya untuk
    seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi
    kalau kamu simpan kebencian sepanjang
    hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

    Maryam mengingatkan anak muridnya
    supaya membuang jauh-jauh perasaan
    benci daripada membebani hidup.
    Kemaafan adalah yang terbaik.
    Menyayangi lebih baik darpada
    membenci..!!
    posted by chy_ketenteramanku @ 6:57 PM   0 comments
    Thursday, April 12, 2007
    KepadaNya kita kembali...


    Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nya kitakan kembali.Renungkan... perjalanan hidup sehari-hari, berapa banyakkah masa yangdiperuntukkan untuk mengati Allah, menghadap serta memohon rahmat dan keampunan-Nya.Tentu masanya jauh lebih singkat daripada masa yang diperutukkan untuk menyelesaikan permasalahan hidupsehari-hari.Cermin kembali diri sendiri... berapa banyak amal yang telah disumbangkan untuk Islam. Berapa banyak masa yang diluangkan untuk bertaqarrub denganAllah.


    Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan iman di hati dengan iman para sahabat... betapa nikmatnya iman dan manisnya amal...tidak berganjak sedikitpun daripada solat, meskipun tombak terpacak dibahu belakang. Masya Allah, iman apakah yang mereka miliki ini?...berlinangan air mata menahan sayu apabila membaca Al-Quran. Tapi kita?Pernahkah basah sepasang mata kita ini sewaktu mengalunkan kalimah suci milik Allah? Seringkah kita merintih ketika berbual dengan-Nya di dalam solat?Kerapkali, solat kita dinodai dengan angan², tentang hal² keduniaan.


    Tampa kita sedar, solat kita selesai...langsung tiada kesan yang ditinggalkan dalam diri. Seringkali terlupa bilangan rakaat yang telah dikerjakan,acapkali juga tertinggal tahiyyat awal. Lantaran itu lahirlah ungkapan, "Jika ingin mencari barang yang hilang, maka carilah di dalam solat. Nescaya anda akan menemuinya."Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh mereka yang lalai dalam solat, di mana ketika solatlah fikirannya menerawang,mencari barang yang hilang. Ditambah pula dengan bisikan syaitan dan hasutan nafsu.


    Iman yang setipis kulit bawang langsung menjadi rapuh seperti musnahnya sarang labah² ditiup sang angin. Lantas, bagaimana cara memperbaiki diri yang selama ini diselimuti dosa ini? Wahai Insan :
    -• Rajinkanlah diri untuk bertadabbur ketika membaca Al-Quran. Moga ianya menjadi penawar buat hati yang sakit.
    • Gagahkanlah diri untuk pergi ke majlis² ilmu, kerana ia umpama taman syurga Allah. Moga hadirnya kita dimajlis sebegitu dapat menambahkan redha Allah pada kita.
    • Usahakanlah agar kusyu` dapatdirasai ketika menghadap Allah...biarpun seminit mahupun sesaat.Ingatlah bahawa maut datang menjemputtanpa mengira waktu. Siapa tahu,mungkin itulah solat kita yang terakhir buat kita.
    • Kuatkanlah diri untuk bangun malam bermunajat pada Allah. Pohonlah dari-Nya apa sahaja kerana sesungguhnya waktu sepertiga malam yang terakhir,allah akan mendengar permohonan hamba-Nya. Ketika itu, tiada hijab antara hamba dan pencipta.
    • Lembutkanlah hati untuk menangis,walaupun hanya setitis air mata yang sekecil mata lalat. Sesungguhnya,setitis air mata yang gugur kerana takutkan-Nya, ataupun kerana menyedari kekerdilan diri, mampu memadamkan api neraka yang membakar.
    • Wahai diri, iringilah sejarah para rasul dan sahabat. Contohilah qudwatun hasanah yang mereka tunjukkan. Semoga kita digolongkan bersama mereka diakhirat kelak.12 Golongan Di Akhirat
    1. Mereka yang tidak mempunyai kakidan tangan -menyakiti hati jiranmereka.
    2. Mereka yang menyerupai bab* - sukamelengah-lengahkan solat
    3. Mereka yang perutnya besar sepertigunung dan dipenuhi ular dan kala -enggan mengeluarkan zakat
    4. Mereka yang keluar darah darimulutnya - berdusta atau bercakapbohong.
    5. Mereka yang berbau busuk seluruhbadannya - mereka yang mengautkeuntungan dalam jual beli ataspenipuan.
    6. Mereka yang dicincang-cincang padatengkuk dan bahu - balasan mereka yangmenyaksikan maksiat atau perbuatanjahat.
    7. Mereka yang keluar dengan tidakberlidah dan keluar nanah dan darahdari mulut - tidak bersaksi dengankebenaran
    8. Mereka yang kepalanya di bawah dankakinya di atas - berzina serta matisebelum bertaubat.
    9. Mereka yang berwajah hitam, bermatabiru dan perutnya penuh api - memakanharta anak yatim
    10. Mereka yang kulitnya penuh kudisdan penyakit² lain yang menjijikkan -melawan kedua ibubapanya.
    11. Mereka yang buta mata dan hatinya,serta giginya seperti tanduk, bibirnyaberjuntai hingga ke perut, dari perutdan pehanya keluar kotoran - minum minuman keras.
    12. Mereka yang wajahnya bagaikanbulan purnama, berjalan di atas titianMustaqim laksana kilat - balasan bagi orang yang beramal soleh, menjauhi maksiat, mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.


    Sabda Rasullulah s.a.w"Kubur adalah umpama sebuah taman syurga atau merupakan sebuah lubang neraka."Maka ketawalah dengan kadar yang sedikit dan menangislah dengan sebanyak-banyaknya.Kemana Roh Kita Apabila Sudah KeluarDari Jasad?
    • Selepas tiga hari ~ roh akan kembaliuntuk melihat tubuh yang dahulunya iaberada di dalamnya.
    • Selepas lima dan tujuh hari ~ rohmeminta untuk melihat tubuhnya semula
    • Genap sebulan ~ roh berkeliling disekitar rumahnya selama setahun, untuk melihat orang yang selalu berdoa untuknya.
    • Genap setahun ~ roh akan dibawa naik untuk berkumpul dengan seluruh roh²sehingga kiamat


    Tanda Orang Mukmim Di Akhirat
    Menurut Rasullulah, orang yang mukmindikenali melalui wajah mereka yang putih disebabkan wudu`. bila kiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmim sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud. Bekas sujud tidak dapat dihilangkan.maka memanggillah dari zat yang memanggil "Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, tetapi debu itu ialah debu keimanan mereka.


    Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang yang melihat para mukmim itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayanKu dan hamba²Ku."Firman Allah :-Maksudnya : sakitnya sakaratulmaut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang.
    posted by chy_ketenteramanku @ 5:50 PM   0 comments
    Ada apa dengan cinta


    Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernahberdendam, tak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawakepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?

    Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

    Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

    Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

    Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-katacinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.

    Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Jangan melarikan diri dari 'cinta'apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

    Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka,Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

    Seandainya kamu ingin mencintai ataumemiliki hati seorang gadis,ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

    Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehinggab oleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

    Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

    Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

    Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang danbukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainyasetulus hati. rasa percintaan lebihpahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, keranacinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,orang kaya menjadi miskin, rajamenjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu.

    Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jikaia tidak berada di hatimu.Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta,kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta,malah sayang pun bukan cinta. Tetapi,cinta itu adalah cinta.
    posted by chy_ketenteramanku @ 5:41 PM   0 comments
    Ketulusan cinta sorang sahabat...

    Teman yang baik adalah umpama hujanyang menyejukkan, mentari yangmenghangatkan dan cahaya yang menutupikegelapan."Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kitasaling kasih mengasihi. Bukan hanyacinta dan bukan sekadar sayang, kitasemua bersama atas dasar keikhlasandan kejujuran yang hadir dalam dirikita.Mungkinkah setiap insan yang bersamakita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan?

    Bukan mudah untukmencari teman yang baik. Kadang-kalaia sudah berada dihadapan mata tatkalapersepsi kita sahaja membiarkan ianyaberlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasaldaripada seorang insan yang pernahmengkhianati kita, tetapi cahayahidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

    Keikhlasan dan kejujuran tidak bolehdiukur. Kerana ia tersimpan didalamhati. Yang sukar dijangka dandiketahui oleh oranglain. Apatah lagikepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkandiri kita sebelum berteman kerana iaadalah permulaan kepada ukhwah yangsejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri.
    Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.Jangan terlalu memilih, kerana mungkindisebalik pasir itu ada mutiara.Jangan pula terlalu membuka hati kita,menerima semua untuk menemani kita.Masakan disebalik madu itu ada racun.Hati yang telus, bila termakan racuntatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kitawalau apa jua keadaan.

    Belajarlah untuk menerima teman yangmemperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka.

    Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lainsebelum menerima mereka. Oleh itu,berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita.Biarlah kita berteman ramai keranadalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...
    posted by chy_ketenteramanku @ 5:34 PM   0 comments
    Monday, April 09, 2007

    Friendship

    Our Friendship
    Thank you for our friendship
    For it means so much to me,
    Your kindness and understanding
    And loving ways you share so free.

    Thank you for being beside me
    When I needed someone that cared,
    And thank you for all your loyalty
    For the times together we shared.

    Thank you for our friendship
    For it's something even money can't buy,
    Thank you for holding me
    When there was a need I had to cry.

    Thank you for always smiling
    When I couldn't smile at all,
    And thank you for boosting my ego
    For the times I felt so small.

    Your friendship I cherish so deeply
    So this message to you I send,
    May God bless and always watch over
    you
    And may you always remain my friend...

    dedicated from ct sue...thanks a lot

    posted by chy_ketenteramanku @ 8:57 PM   0 comments

    Sebelum kita mengeluh...

    Hari ini sebelum kita mengatakan kata-
    kata yg tidak baik,
    Fikirkan tentang seseorg yg tidak dpt
    berkata-kata sama sekali.

    Sebelum kita mengeluh tentang rasa dr
    makanan,
    Fikirkan tentang seseorg yg tidak
    punya apapun utk dimakan.

    Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-
    apa,
    Fikirkan tentang seseorg yg meminta-
    minta dijalanan.

    Sebelum kita mengeluh bahawa kita
    buruk,
    Fikirkan tentang seseorg yg berada pd
    keadaan yg terburuk di dlm
    hidupnya.

    Sebelum mengeluh tentang suami atau
    isteri anda,
    Fikirkan tentang seseorg yg memohon
    kpd Tuhan utk diberikan teman
    hidup.

    Hari ini sebelum kita mengeluh tentang
    hidup,
    Fikirkan tentang seseorg yg meninggal
    terlalu cepat.

    Sebelum kita mengeluh tentang anak-
    anak kita,
    Fikirkan tentang seseorg yg sgt ingin
    mempunyai anak ttpi dirinya
    mandul.

    Sebelum kita mengeluh tentang rumah yg
    kotor kerana pembantu tidak
    mengerjakan tugasnya,
    Fikirkan tentang org-org yg tinggal
    dijalanan.

    Dan di saat kita letih & mengeluh
    tentang pekerjaan,
    Fikirkan tentang pengangguran, org-org
    cacat yg berharap mrk mempunyai
    pekerjaan seperti kita.

    Sebelum kita menunjukkan jari &
    menyalahkan org lain,
    Ingatlah bahawa tidak ada seorg pun yg
    tidak berdosa.

    Dan ketika kita sdg bersedih & hidup
    dlm kesusahan,
    Tersenyum & berterima kasihlah kpd
    Tuhan bahawa kita masih hidup!




    posted by chy_ketenteramanku @ 8:55 PM   0 comments

    Cinta seindah yang diucap

    Saya petik kata-kata dari tazkirah ‘Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi’ bahawa semua orang boleh mengaku dan berikrar mencintai Allah, tetapi tindak tanduknyalah yang mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Sesungguhnya Allah jualah yang mengetahui siapakah antara hamba-hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.

    Justeru, saya ingin bawakan di sini sebuah cerita yang saya kira benar-benar menguji kecintaan kita pada Allah SWT. Perkongsian ini tidak lain matlamatnya hanyalah untuk kita sama-sama sedar makna cinta yang sebenar-benarnya. Cinta Allah dan cinta manusia. Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu termasuklah cinta sesama manusia. Cerita yang saya garap hasil pendekatan saya terhadap suatu kisah dan saya menggunakan kata ganti diri ‘saya’, mudah-mudahan pembawaan cerita ini lebih dekat dengan kita insya Allah..

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Cinta Allah dan cinta manusia. Pengharapan saya hanya satu iaitu untuk menjadi ‘couple islamik’ atau cinta manusia berlandaskan batas syariat yang saya pegang selama ini. Itu doa saya setiap masa agar dipertemukan dengan insan yang bergelar kekasih hati yang akan mengambil saya sebagai teman sehidup semati. Alhamdulillah doa saya Allah kabulkan akhirnya. Berkenalan dengan insan yang saya kira sudah menghampiri nilai-nilai kesempurnaan yang saya hitung dalam doa saya setiap kali sujud terakhir dalam solat, membuahkan rasa sayang antara kami. Proses perkenalan berjalan lancar dan kami kini dalam alam yang lain. Alam percintaan dan seboleh-bolehnya saya dan dia mahu menjaga segala-galanya kerana kami sedar redha Allah paling penting. Namun dalam tidak sedar kami juga seperti pasangan bercinta yang lain, sedikit sebanyak apa yang kami pertahankan runtuh perlahan-lahan. Walaupun hanya perbualan telefon dan sms yang menghubungkan kami, bisikan syaitan itu tetap datang. Apabila dua manusia berlainan jantina berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yakni syaitan, musuh ketat agama. Kami cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini dengan ilmu agama yang ada dalam jiwa. Dari sehari ke sehari, kami berusaha sungguh-sungguh agar batasan agama tidak kami langgar. Ada masa kami gagal juga...

    Kuasa Allah Maha Hebat. Perancangan Allah mentakdirkan segala-galanya. Hubungan yang terjalin akhirnya sampai ke penghujung. Entah di mana silapnya, saya menerima kata putus dari si dia. Dia putuskan hubungan ini. Keputusannya muktamad. Tuhan yang maha mengetahui betapa terkilannya saya. Masakan ini penyudah hubungan kami. Tidak ada sedikit pun masalah antara kami, malahan kami saling menyayangi. Apa puncanya sehinggakan dia mengambil keputusan ni. Dia katakan pada saya, dia bukan lelaki soleh. Dia jauh dari rahmat Allah. Itu alasannya. Alasan yang tidak masuk akal tidak munasabah pada saya. Saya menerima dirinya seadanya sepanjang perkenalan kami. Kekurangannya saya anggap sebagai satu kelemahan kerana saya sedar tidak ada manusia pun yang sempurna dalam dunia ini. Betapa kecewanya saya. Berkali-kali saya bertanyakan pada diri sendiri, apa dosa saya sehinggakan saya terpaksa menerima semua ni. Kenapa saya harus menerima saja segala keputusan. Hati saya tersangat parah. Jiwa saya menangis. Di saat saya benar-benar menyayangi dirinya, Allah uji pula dengan dugaan sebegini besar.

    Saya masih keliru dengan alasan yang dia berikan. Saya kumpul kekuatan bersemuka dengannya, dengan harapan saya jelas dengan keputusan yang dia buat terhadap hubungan kami. Katanya, “Saya terpaksa mengambil keputusan ni. Hormatilah keputusan saya. Saya terpaksa korbankan sayang saya pada awak. Sebab saya nak bersihkan hati saya. Hati saya kotor. Saya sangat berharap awak faham. Saya akan jadi ketua keluarga, saya nak jadi yang terbaik sebab saya yang akan jaga anak-anak dan jaga awak. Saya nak teruskan hubungan kita tapi saya tak mampu nak jaga hubungan ni sebaik mungkin. Awak pun jelas dengan keadaan tu. Kadang-kadang nafsu mengatasi kita. Saya takut Allah tak redha. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Berjumpa dengan ibu bapa awak pun, tidak akan menyelesaikan masalah. Ada banyak lagi kekangan yang menghalang kita menghalalkan hubungan ni. Fahamilah awak, terima ni sebagai suatu ujian. Jangan bersedih. Kesedihan tu disebabkan syaitan. Fikirkan apa yang berlaku ni untuk jangka masa yang panjang. Jangan fikir untuk masa sekarang. Beri saya peluang untuk membuang segala yang kotor dalam hati saya ni. Walau perit sekalipun, saya nak awak redha. Ini ujian Allah. Allah uji kita dengan cinta. Kecil sangat ujian ni. Kasih mana pun kita pada manusia, akan pergi juga dari kita. Saya tak pernah buang awak dan kalau ada jodoh kita pasti akan bersama. Kalau ada jodoh saya tetap akan cari awak. Percaya pada Allah, kalau ada jodoh kita pasti bersatu juga..”

    Andai ini ujian Allah, sungguh amat berat untuk saya terima. Dan seandainya ini dugaan Allah, tidak ada bezanya berlaku sekarang atau pada masa depan. Saya cuba faham Kenapa keputusan ni dia ambil. Dia ingin mencari keredhaan Allah. Saya jelas tentang itu tetapi saya manusia biasa, ada masa-masa tertentu saya berasakan ini tidak adil untuk saya pikul seorang diri terutama apabila fikiran saya diasak dengan ingatan padanya. Sungguh saya merinduinya. Saya pujuk diri sendiri. Saya katakan pada diri, ini ujian Allah. Sehari semalam saya berendam air mata. Biarkan saya bersedih sepuas-puasnya hari ini kerana esok saya nak bangun tanpa bayangan dia. Saya berdoa selalu ujian kali ini akan datang hikmah yang besar Allah nak bagi. Tanpa sedar, masih ada lagi setangkup harapan agar kami bersatu satu hari nanti dalam suasana Allah redha. Hati saya berkata, saya akan tunggu dia sehingga satu hari yang saya sendiri tak pasti. Saya bukanlah sehebat Saidina Fatimah yang menunggu Ali Karamullah Wajhah. Bila saya terlalu letih menunggu, saya akan berhenti berharap. Harapan ini saya gantungkan pada Allah kerana saya yakin Dia lah yang mengetahui segala-galanya. Andai dia bukan jodoh terbaik untuk saya seperti yang Allah catatkan di Luh Mahfuz, saya berdoa agar Allah beri saya petunjuk.

    Saya doakan dia sentiasa bahagia. Saya minta Allah beri cinta dan sayangNya pada dia kerana saya tahu Dialah sebaik-baik penjaga. Semoga matlamatnya tercapai... Saya bangga mengenali insan seperti dia yang tahu setakat mana batasan cinta manusia dan cinta Allah. Dia mengibarkan bendera Islam dan dalam masa yang sama berusaha membangunkan Islam. Biarkanlah cinta yang pernah wujud itu bermuara dengan sendirinya…di saat yang tepat..dengan seseorang yang tepat..dan pilihan yang tepat..hanya dari Allah SWT di saat dihalalkannya dua manusia untuk bersatu dalam ikatan pernikahan yang barakah...



    Sebak rasa hatiku ini
    Di saat ku hayati setiap bait kata bicaramu..
    Sesungguhnya aku dapat merasai..
    Setiap yang kau rasakan..
    Sejak aku mengenalimu hingga ke detik ini..
    Ku tahu dirimu seringkali di rundung masalah ini…

    Ketahuilah wahai adikku..
    Bukan mudah untuk memiliki setiap yang diingini…
    Kebahagiaan yang di harapkan untuk selamanya..
    Tapi berakhir tanpa di duga..

    Kuatkan hatimu..
    Hanya itu yang mampu ku ucapkan..
    Ku juga pernah merasai setiap apa yang kau rasakan..
    Namun berkat ketabahanku kebahagian itu kini ku miliki..

    Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya…
    Bersama pilihan yang tepat..
    Dengan insan yang mampu membahagiakanmu..
    Andai dia milikmu..
    Pasti akan tetap jadi milikmu…

    Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
    Jika cinta satu pasti bertemu
    Ia tidak ternilai
    Kerana di antara hati kita
    Telah tiada antaranya lagi
    Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

    Kita berpisah hanya sementara
    Kerna pertemuan bukan milik kita
    Jasad dan suara berjauhan sentiasa
    Namun cinta abadi

    Biar berpisah selalu menderita
    Kerna syurga menagih ujian
    Sedang neraka dipagari oleh nikmat
    Bertemu tidak jemu
    berpisah tak gelisah

    Bicara kita adalah bicara sufi
    Tanpa suara dan kata-kata
    Kerana penghubung kita adalah suara hati
    Bertemu berpisah kerana Allah


    copy from portal ukhwah
    posted by chy_ketenteramanku @ 8:49 PM   0 comments
    Monday, April 02, 2007

    Warkah buat dirimu

    Wahai para wanita yang bergelar mu’minah solehah!!

    Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

    Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

    Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

    Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

    Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau
    cuba
    menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

    Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

    Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

    Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

    Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas
    kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga
    jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

    Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di
    medan
    yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

    Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…

    Wasalam

    posted by chy_ketenteramanku @ 11:22 PM   0 comments
    Jangan Duka Menjadi Luka

    Sebarkan salam wahai teman

    sebarkan kasih sayang wahai saudara
    sebarkan cinta bertautlah ukhuwah
    berita gembira buatmu wahai si duka
    bahawa kamu tidak sendiri
    inilah kekuatan persaudaraan mukmin sejati
    kamu tidak akan dibiar duka sendiri
    tetapi dukamu dikongsi
    hingga duka jadi ceria

    jika kamu percaya
    ketahuilah bukan saja saudaramu kan tiba
    tapi lebih bahagia dari itu
    Allahu Rabbana akan mendekati diri
    jika kamu percaya
    bahawa mendekatkan diri pada Allah itu
    adalah jalan gembira buat semua hati yang duka

    wahai insan-insan yang berduka
    jangan lagi melukakan dirimu yang duka
    senyumlah dan pandang dunia dengan tabah
    amanah Allah menantimu wahai pejuang muda
    tiada yang lebih gembira
    daripada menjadi pejuang yang berbaris di medan juang
    jalan Tuhanmu,Tuhanku, Allah Yang Esa
    kita mencintaiNya
    Dia mencintai kita
    Lalu dibukakan jalan permudah apa saja urusan yang ada
    Dia memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka
    Bukan kejayaan atau rezeki yang menjadi tujuan hati
    tapi mencari redhaNya,kerna itulah ubat segala luka
    yang tercoret di dalam hati

    cerialah dan gembira
    namun jangan mencari duka di jalan yang dimurka
    jika terbabas melangkah jua ke sana
    ketahuilah bahawa dengan pantas kamu bertaubat
    itulah jalan orang-orang yang bertaqwa

    jangan hanyut
    jangan tenggelam
    jangan dibuai dibelai di dalam dunia dosa

    tiada duka yang lebih parah
    bukan sekadar luka
    bukan sekadar nanah
    bukan sekadar sakit
    tetapi duka yang lebih berduka
    adalah menjadi hamba Allah yang dimurka


    by forwarded email
    posted by chy_ketenteramanku @ 11:09 PM   0 comments
    Mutiara Hati



    Kurindu kasih sayangmu
    Kau pergi tinggalkanku

    Masih lekat di hati ini

    Kau bilang ku mutiara hati

    Kuingin berjumpa denganmu
    Bonda telah menghadap Ilahi
    Biarkanlah dalam mimpi
    Untuk menghapus semua rinduku

    Ya Allah
    Berikanlah aku
    Bonda yang berhati mulia

    Sebagai ganti dia yang pergi


    Untuk membimbing menuju rindu-Mu

    Bajakanlah cahaya-Mu

    Pada jiwaku ini

    Untuk dapat rahmat kurnia-Mu

    Lagu ini merupakan tema kepada drama bersiri Mutiara Hati yang disiarkan di tv9. Ibu Arini merupakan seorang wanita yang cukup tabah dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang tidak pernah lekang dari ujian. Namun, kecekalan wanita ini wajar untuk dicontohi. Pergantungan sepenuhnya kepada Yang Esa di atas segala mehnah yang menimpa diri. KepadaNya tempat dia mengadu. Mendamba kemesraan dan kemanisan apabila hampir padaNya. Buat sahabat yang mengikuti cerita ini banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita renung dan fikirkan bersama. Ujian merupakan medan tarbiyyah bagi insan yang bergelar hamba. Oleh itu, apa sekalipun dugaan yang mendatang mengadulah pada Dia. Tidak salah kita mengadu pada manusia, tapi hakikat yang perlu kita terima manusia mempunyai pelbagai pandangan. Justeru, petunjuk dariNya yang hakiki. DIA amat merindukan seorang yang suka memohon doa padaNya. Ingatlah bahawa JAMIN dan PASTI itu milik DIA. ALLAH mempunyai kuasa veto dalam segenap hal. DariNya kita datang kepadanya jua tempat kita kembali. Hidup hanya sekadar pinjaman. Jika ingin kemesraan bersama Ilahi, garanglah dengan nafsu sendiri-Saidina Ali. Selagi peluang masih terbuka insafi diri cukupkah bekalan untuk menghadapNya ?
    posted by chy_ketenteramanku @ 10:43 PM   0 comments
    Monday, March 19, 2007

    Ingatlah Allah

    Di waktu kaya ingatlah pada Allah
    Di waktu miskin ingatlah pada Allah
    Di waktu sihat ingatlah pada Allah
    Di waktu sakit ingatlah pada Allah

    Kerjakan perintahnya
    Jauhilah larangannya
    Itulah org yang ingat allah

    Banyak yang kaya lupa pada Allah
    Banyak yang miskin jauh dari Allah
    Banyak yang sihat lari dari Allah
    Banyak yang sakit meninggalkan Allah

    Itulah org yang sombong kepada Tuhannya
    Tidak kenal kepada allah

    Ingatlah wahai manusia
    Semua kan kembali pada Allah
    Ingatlah wahai manusia
    Hidup matimu di tangan Allah

    *lirik lagu yang sedang berkumandang (petikan drama Mutiara Hati)

    Sakha feat hadi yunus

    Ini merupakan lagu tema bagi drama Indonesia Mutiara Hati. Yakinlah pada ketentuan Allah. Sesungguhnya perencanaanNya yang terbaik. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Jangan ;eka dengan hiasan dunia yang bersifat sementara. Bersyukurlah dengan rahmat dan nikmat pemeberianNya. Apabila kita ingat Dia ketika dalam senang InsyaAllah Dia akan ingat hambanya kala susah. Rasai kemanisan bila bersama denganNya. Moga sama-sama hayati dan mengambil iktibar dari lirik ini.


    posted by chy_ketenteramanku @ 7:01 PM   0 comments
    TAARUF
    Name: Nur Ruzaini Che Mansor
    Home: Terengganu, Malaysia
    About Me: Dilahirkan pada 7 Nov 1984.Berasal dari Kampung Padang Nenas, Meng Telipot. Merupakan anak pertama daripada empat orang adik beradik. Kini menuntut di UTM Skudai dalam program Pendidikan Fizik. Pernah belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), MRSM Kota Putra & Sekolah Menengah Kompleks Mengabang Telipot. Menyertai PKPIM bermula tahun 2003 dan kini bersama-sama SISMA & KEPITAR.
    Lihat biodata lebih lanjut
    ARKIB
    JARINGAN
    KELOLAAN

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2005 chy_ketenteramanku Template by Isnaini Dot Com